Diberdayakan oleh Blogger.

Selasa, 24 Oktober 2017

6 Jenis Masakan Ayam Yang Mudah & Korang Boleh Sediakan Malam Ini Untuk Keluarga!

Masakan ayam merupakan antara hidangan kegemaran semua orang. Boleh dikatakan menu wajib ada mestilah ayam. Terdapat banyak jenis masakan ayam yang ada tetapi bukan semua rajin untuk masak. Betul tak? Kebiasaannya menu ayam paling senang mestilah ayam goreng.
Namun, sebenarnya masakan ayam ini tidaklah susah mana. Kami nak kongsikan dengan anda resepi masakam ayam yang paling mudah di buat. Bukan sahaja mudah, tetapi rasanya juga memang sedap untuk dihidangkan. Jom tengok apa bahan-bahannya. Tak sabar nak masak.

Ayam Masak Madu

Tak perlu susah-susah untuk membeli ayam masak madu di kedai. Apa kata anda cuba masak sendiri. Serius memang senang. Kalau masak sendiri, mesti boleh makan banyak-banyak. Sedapnya!

Kuzi Ayam

Resepi ini mungkin susah bagi sesetengah orang tapi berbaloi untuk dicuba. Rempah kuzi mungkin sukar didapati di kedai, tapi anda tak perlu risau kerana resepi ini kami bagi cara untuk membuat rempah sendiri.

Asam Pedas Ayam

Kebiasaannya asam pedas dimasak bersama ikan, apa kata anda cuba menggunakan ayam. Bukan sahaja sedap, malah lebih murah daripada ikan. Anak-anak pasti suka dengan resepi ini. Memang sesuai untuk seisi keluarga.

Ayam Berempah Serai

Ayam goreng antara masakan yang paling senang dan sesuai di makan dengan apa jua hidangan. Kali ini apa kata anda olah sedikit resepi ayam goreng anda dengan tambahkan sedikit rasa. Memang sedap dimakan begitu sahaja.

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi panas. Memang terangkat! Walaupun ayam merah ini sinonim dengan kenduri kahwin, namun kini tidak lagi. Anda boleh mencubanya sendiri. Memang sedap!

Sup Ayam Special

Sup ayam merupakan antara makanan yang memang sesuai jika perut anda tidak begitu baik. Bolehlah makan sup ayam panas panas. Memang sedap. Selain dari itu, sup ayam juga sedap diratah begitu sahaja.
Sumber : Myresepi

0 Komentar 6 Jenis Masakan Ayam Yang Mudah & Korang Boleh Sediakan Malam Ini Untuk Keluarga!

Posting Komentar

Back To Top